Rondaan cegah jenayah

Rondaan cegah jenayah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Balai Polis Pusat, telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Madewa, Perpindahan Bunut, Kampung Bunut dan Tasek Meradun.

Rondaan tersebut diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Bandar Seri Begawan, ASP Haji Naguib bin Dato Paduka Haji Ismail.

Turut serta ialah Ketua Kampung Madewa dan Pemangku Ketua Kampung Telanai, Haji Ibrahim bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Ketua Kampung Perpindahan Bunut, Haji Durahim bin Hassan dan Ketua Kampung Bunut, Pengiran Haji Othman bin Pengiran Haji Sulaiman.

Rondaan pencegahan jenayah itu disertai seramai 25 ahli Pengawasan Kejiranan dan dibantu oleh 12 anggota Balai Polis Pusat.

Rondaan didahului dengan taklimat di Masjid Kampung Bunut.
Rondaan didahului dengan taklimat di Masjid Kampung Bunut.

Sebelum rondaan dijalankan, taklimat telah diadakan di Masjid Kampung Bunut pada pukul 10 malam.

Rondaan pencegahan jenayah ahli Pengawasan Kejiranan dan anggota polis ini bertujuan memastikan kampung dalam keadaan selamat daripada sebarang jenayah selain membuka mata penduduk kampung akan keadaan semasa pada waktu malam di mana kejadian jenayah kebiasaannya berlaku.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei amat mengalu-alukan penyertaan penduduk kampung untuk menjadi ahli Pengawasan Kejiranan dan jika berminat bolehlah menghubungi ketua kampung di kawasan masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA