Rondaan cegah jenayah di Bukit Panggal, Kg Kupang

Rondaan cegah jenayah di Bukit Panggal, Kg Kupang

TUTONG, 13 Ogos – Pengawasan Kejiranan Bukit Panggal dan Pengawasan Kejiranan Kampung Kupang bersama anggota polis dari Balai Polis Tutong telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah di kawasan Bukit Panggal dan Kampung Kupang kelmarin, selama dua jam bermula 9.00 malam.

Rondaan meliputi kawasan Masjid Hassanal Bolkiah dan kawasan Kampung Panchor Dulit, Tutong; kawasan sekitar Kampung Penanjong dan masjid di kawasannya; kawasan Kampung Keriam, kawasan Masjid Kampung Keriam dan Sekolah Rendah Keriam; sekitar Kampung Bukit Panggal dan kawasan tanaman padi berkelompok Bukit Panggal; kawasan Kampung Luagan Dudok dan masuk ke kawasan Masjid Haji Abdul ‘Azim, Kampung Keriam Tutong; kawasan Kampung Sinaut dan Masjid Kampung Sinaut; kawasan menuju ke Jalan Penjara Maraburong; kawasan Kampung Sungai Kelugos dan Masjid Kampung Sungai Kelugos; kawasan Kampung Kupang dan Masjid Kupang; kawasan Dewan Kompleks Sukan Tutong dan Bangunan Hua Ho Tutong; Mahad Islam, Perpustakaan Tutong, Taman Rekreasi Sungai Basong, menuju ke Kuala Tutong dan kawasan kedai Tutong.

Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohamad Noor bin Haji Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, sepanjang rondaan dijalankan tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku.

Pasukan Polis Diraja Brunei sangat mengalu-alukan orang ramai untuk melibatkan diri dalam Pengawasan Kejiranan di kampung masing-masing untuk membantu menjadikan kampung mereka bebas daripada jenayah dan menjadikan rumah mereka selamat untuk didiami.

Borang keahlian Pengawasan Kejiranan boleh diperolehi melalui ketua kampung di kawasan mereka.

Ahli pengawasan kejiranan bersama anggota polis ketika membuat rondaan cegah jenayah di beberapa kawasan Daerah Tutong.
Ahli pengawasan kejiranan bersama anggota polis ketika membuat rondaan cegah jenayah di beberapa kawasan Daerah Tutong.

ARTIKEL YANG SAMA