Rondaan cegah jenayah di Kg Perpindahan Lambak Kanan

Rondaan cegah jenayah di Kg Perpindahan Lambak Kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei bersama Penduduk Kampung Perpindahan Lambak Kanan Kawasan 2, baru-baru ini telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah di kawasan kampung berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rondaan melibatkan 17 penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung kawasan 2 RPN Lambak Kanan, Haji Basir bin Abu Bakar, serta 12 anggota Balai Polis Berakas yang diketuai oleh ASP Norkhatijah binti Haji Zainal.

Rondaan bermula kira-kira pukul 9 malam yang didahului dengan taklimat bersama ahli-ahli pengawasan kejiranan, dan berakhir kira-kira 12 tengah malam.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya turut menyarankan para penduduk kampung supaya memastikan keadaan di sekeliling kawasan rumah diterangi dengan cahaya lampu bagi mengelakkan berlakunya jenayah pecah rumah pada waktu malam.

Selain itu, pastikan kawasan rumah dalam keadaan bersih daripada semak agar kawasan lebih terbuka dan tidak terlindung.

Gambar ramai anggota polis dan penduduk kampung yang terlibat dalam rondaan pencegahan jenayah berkenaan, baru-baru ini.
Gambar ramai anggota polis dan penduduk kampung yang terlibat dalam rondaan pencegahan jenayah berkenaan, baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA