Rondaan cegah jenayah di Kg Sengkurong B

Rondaan cegah jenayah di Kg Sengkurong B

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Bagi mengurangkan kadar jenayah, Balai Polis Sengkurong, telah menjalankan rondaan bersama ahli Pengawasan Kejiranan di beberapa kawasan Kampung Sengkurong B, baru-baru ini.

Rondaan secara berjalan kaki dan menggunakan kereta polis itu diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai, Inspektor Kanan Alfie W. Boyd dan Ketua Kampung Sengkurong B, Haji Musa bin Haji Tahir.

Sebelum rondaan dijalankan, taklimat mengenai objektif dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang rondaan berkenaan telah diadakan.

Rondaan ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan penduduk di sekitar kawasan kampung berkenaan.

Gambar ramai sebelum memulakan rondaan pencegahan jenayah di Kg Sengkurong B.
Gambar ramai sebelum memulakan rondaan pencegahan jenayah di Kg Sengkurong B.

ARTIKEL YANG SAMA