Rondaan cegah jenayah di Kg. Serdang

Rondaan cegah jenayah di Kg. Serdang

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Balai Polis Pusat, baru-baru ini, telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Serdang.

Rondaan yang bermula dari jam 11:50 malam hingga 1 pagi itu telah diketuai oleh Inspektor Alif Nur Khaliq bin Matrasil dengan melibatkan 10 orang anggota Balai Polis Pusat dan tujuh orang ahli pengawasan kejiranan.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Serdang, Awang Mohamad bin Bakar.

Ahli Pengawasan Kejiranan bersama anggota polis ketika meronda di Kg. Serdang.
Ahli Pengawasan Kejiranan bersama anggota polis ketika meronda di Kg. Serdang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, semasa rondaan pada 28 Julai itu, mereka telah membuat rondaan berjalan kaki di sepanjang jambatan dan sekitar kawasan Kampung Serdang.

Bagaimanapun, pemantauan sekitar kawasan tersebut tidak menemui sebarang jenayah dan perkara yang mencurigakan.

ARTIKEL YANG SAMA