Rondaan cegah jenayah diteruskan

Rondaan cegah jenayah diteruskan

TEMBURONG, 26 Okt – Rondaan pencegahan jenayah terus digiatkan di seluruh negara dan baru-baru ini, 16 ahli Pengawasan Kejiranan dari Kampung Bokok, Meniup, Bekarut, Simbatang dan Jaya Begangan bersama 12 anggota Daerah Polis Temburong dan Balai Polis Bangar turut melakukan rondaan.

Sebelum rondaan, Ketua Kampung Bokok menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti taklimat ringkas pelaksanaan operasi dan keselamatan disampaikan oleh Penolong Penguasa Polis, Pengiran Anak Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Ismail Al-Haj.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bokok, Haji Embran bin Haji Sabtu selaku penasihat kejiranan di mukim tersebut dan Ketua Kampung Lepong Baru, Awang Ambol anak Bakit.

Rondaan dimulakan pada jam 9:30 malam menggunakan kenderaan dan berjalan kaki yang menumpukan kawasan kejiranan dengan sekatan jalan raya, penahanan dan pemeriksaan.

ARTIKEL YANG SAMA