Rondaan cegah jenayah Kg. Bukit Udal

Rondaan cegah jenayah Kg. Bukit Udal

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 16 Jun – Bagi memata-matai keselamatan jiran dan penduduk kampung di bulan Ramadan yang mulia ini, Daerah Polis Tutong bersama 17 orang ahli Pengawasan Kejiranan Bukit Udal telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah di sekitar Kampung Bukit Udal, Tutong, baru-baru ini.

Sebelum rondaan dijalankan, taklimat Pengawasan Kejiranan Bukit Udal telah disampaikan oleh Cpl 5250 Mohd Fadillah bin Mohd Jaini dan W/Cpl 4899 Noraziah binti Abdullah Kunchil yang menerangkan mengenai tanggungjawab ahli-ahli pengawasan kejiranan bersama Daerah Polis Tutong.

Turut hadir menyertai rondaan tersebut ialah Ketua Kampung Bukit Udal, Awang Juhno bin Perak.

Daerah Polis Tutong bergambar ramai bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Udal.
Daerah Polis Tutong bergambar ramai bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Udal.
Semasa rondaan dijalankan di sekitar Kampung Bukit Udal.
Semasa rondaan dijalankan di sekitar Kampung Bukit Udal.

Operasi rondaan di sekitar Kampung Bukit Udal itu bermula pada jam 9 malam hingga jam 12 tengah malam, setelah umat Islam melaksanakan sembahyang sunat Tarawih.

Tujuan rondaan adalah untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk kampung dan persekitarannya.

ARTIKEL YANG SAMA