Rondaan cegah jenayah terus giat dijalankan

Rondaan cegah jenayah terus giat dijalankan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Bagi mengelakkan sebarang kegiatan jenayah di negara ini, rondaan pencegahan jenayah terus dijalankan oleh Balai Polis Limau Manis dengan kerjasama Pengawasan Kejiranan Kampung Batong, baru-baru ini.

Rondaan dengan menggunakan kenderaan polis dari 10 malam hingga 12:15 tengah malam itu meliputi seluruh kawasan di bawah Mukim Pengkalan Batu dan pemantauan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah.

Turut sama menyertai rondaan itu ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Limau Manis, Inspektor Abdul Shahrimin bin Abdul Rahman.

Hasil rondaan berkenaan telah mendapati seorang warganegara Brunei membawa benda tajam ketika diperiksa di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah melalui Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei yang kemudian dibawa ke Balai Polis Limau Manis untuk siasatan lanjut.

Rondaan dan pemantauan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah.
Rondaan dan pemantauan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah.

ARTIKEL YANG SAMA