Rondaan cegah kegiatan jenayah

Rondaan cegah kegiatan jenayah

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 25 Jan – Balai Polis Kuala Belait, malam tadi, telah menjalankan operasi rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Sungai Teraban di sekitar kawasan kampung berkenaan hingga Sungai Enam Jalan Sungai Teraban.

Operasi menggunakan kenderaan yang melibatkan empat orang anggota polis dan tujuh ahli pengawasan kejiranan itu telah diketuai oleh Sarjan 3392 Jailani bin Haji Johari dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Kuala Belait.

Turut serta ialah Ketua Kampung Sungai Teraban, Haji Mersidi bin Shara.

Bagaimanapun, pihak polis dalam kenyataannya melaporkan bahawa tiada aktiviti jenayah dikesan semasa rondaan dan operasi berakhir pada jam 12 tengah malam.

pg06_160126_c

ARTIKEL YANG SAMA