Rondaan cegah kegiatan jenayah

Rondaan cegah kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Seramai 21 orang ahli pengawasan kejiranan bersama anggota Balai Polis Seria, tengah malam tadi telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah di kawasan RPN Kampung Panaga 2000 di mana mereka mendapati anak-anak remaja masih melepak selepas jam 12 tengah malam.

Remaja-remaja berkenaan telah diarahkan balik, dan selain daripada itu tiada perbuatan jenayah didapati sepanjang rondaan secara berjalan kaki dan menggunakan kenderaan berkenaan.

Rondaan yang berakhir 1 pagi tersebut telah diketuai oleh OCS Seria, P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi dan turut disertai oleh A/OCS Seria, P/ASP Haji Mohd Helmi, Sjn Zamri bin Haji Buang dan serta Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan, Awang Zaleha bin Lahap.

Gambar ramai ahli pengawasan kejiranan bersama anggota Balai Polis Seria.
Gambar ramai ahli pengawasan kejiranan bersama anggota Balai Polis Seria.

ARTIKEL YANG SAMA