Rondaan cegah kegiatan jenayah

Rondaan cegah kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Balai Polis Sengkurong bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Sengkurong, malam tadi, telah menjalankan rondaan di Mukim Sengkurong.

Rondaan telah didahului dengan taklimat yang diadakan di Bilik Gerakan, Balai Polis Sengkurong.

Hadir sama ialah Ketua Kampong Sengkurong ‘A’, Dr. Haji Abdullah Hanif bin OKM Dinda Haji Saman.

Rondaan yang melibatkan sembilan orang anggota Balai Polis Sengkurong dan dua dari Skuad Tindakan Segera serta lima anggota Pengawasan Kejiranan itu bermula kira-kira 11:15 malam dan dijalankan menggunakan empat buah kenderaan polis.

Kawasan rondaan telah dibahagikan kepada empat sektor iaitu sektor 1 di sekitar Kampung Sengkurong A dan B, Kampung Selayun, Kampung Tagap, Kampung Peninjau, Kampung Tanjung Bunut Kanan, kawasan komersial Sengkurong A dan Tanjung Bunut.

Gambar ramai bersama yang terlibat dalam rondaan tersebut.
Gambar ramai bersama yang terlibat dalam rondaan tersebut.

Sektor 2 merangkumi kawasan Kampung Mulaut, Jalan Ban 1 hingga Ban 6, Jalan Mulaut hingga Tanjung Nangka, Kampung Pasai 1 dan 2, Jalan Lubuk Sigurun dan Jalan Paya Bunga Merah, manakala itu, sektor 3 melibatkan sekitar Kampung Jerudong, Taman Permainan Jerudong dan Kampung Kubu Pulau.

Sementara itu, sektor 4 termasuk sekitar Kampung Tanjung Nangka, Kampung Lugu/Katimahar, Kampung Kulapis dan Kampung Bukit Panjang.

Hasil daripada rondaan sepadu itu, dua buah kereta dan 10 orang awam telah diperiksa, bagaimanapun tiada kesalahan yang melanggar undang-undang didapati. Rondaan berakhir pada jam 1:20 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA