Rondaan di Kampung Tamoi

Rondaan di Kampung Tamoi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei dan Pengawasan Kejiranan Kampung Tamoi, baru-baru ini, telah mengadakan rondaan cegah jenayah bersepadu di kawasan kampung berkenaan, di sini.

Rondaan telah didahului dengan taklimat yang diadakan di rumah Ketua Kampung Tamoi, Awang Tarif bin Haji Asgar.

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, P/ASP Izzuddin Hanis bin Haji Mohd Salleh dan Pegawai Penguasa Balai Polis Kampong Ayer, Insp Muhd Marzuqi Koo bin Abdullah.

Rondaan yang melibatkan 17 anggota polis dan 17 ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Tamoi dengan dibahagikan kepada dua kumpulan itu bermula pada 9:30 malam hingga 11:30 malam serta melibatkan kawasan letak kereta Tamoi Ujung dan Tamoi Tengah.

Hasil daripada rondaan itu, didapati lampu jalan di kawasan letak kereta Tamoi Tengah berdekatan dengan masjid tidak berfungsi, sementara rondaan di kawasan jambatan kerajaan Kampung Tamoi tidak mendapati sebarang unsur jenayah.

 

ARTIKEL YANG SAMA