Rondaan Filipina, AS ditangguhkan

Rondaan Filipina, AS ditangguhkan

MANILA, Filipina, 7 Okt – Ketua pertahanan Filipina hari ini berkata ketenteraan AS telah dimaklumkan bahawa rancangan bagi rondaan bersama dan latihan laut di Lautan China Selatan yang dipertikaikan itu telah ditangguhkan mengikut keinginan presiden baru negara itu.

Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana juga berkata 107 orang tentera pasukan AS yang terlibat dalam mengendali dron pengawasan ke atas militan akan diminta meninggalkan bahagian selatan negara itu apabila Filipina mendapatkan kemampuan mengumpul perisikan pada masa akan datang.

Selain itu, Presiden Rodrigo Duterte mahu menghentikan 28 latihan tentera Filipina yang dijalankan dengan pasukan tentera AS setiap tahun, menurut Lorenzana. Duterte berkata beliau mahu latihan gempur AS-Filipina yang sedang berjalan adalah yang terakhir dalam tempoh beliau menyandang jawatan presiden selama enam tahun ketika beliau berundur dari apa yang beliau anggap sebagai terlalu bergantung pada AS. – AP

Dari kiri, Ketua Tentera Filipina Leftenan Jeneral Eduardo Ano, Rodrigo Duterte, dan Delfin Lorenzana, semasa lawatan ke ibu pejabat di bandar Taguig, timur Manila, Filipina Selasa lalu. – AP
Dari kiri, Ketua Tentera Filipina Leftenan Jeneral Eduardo Ano, Rodrigo Duterte, dan Delfin Lorenzana, semasa lawatan ke ibu pejabat di bandar Taguig, timur Manila, Filipina Selasa lalu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA