Rondaan Kampung Bukit Beruang

Rondaan Kampung Bukit Beruang

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Ogos – Bagi meningkatkan keamanan dan keselamatan kampung, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong dengan kerjasama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Beruang, baru-baru ini, telah mengadakan rondaan besar-besaran di kawasan kampung berkenaan, di sini.

Sebelum mengadakan rondaan, taklimat mengenai Kesedaran Jenayah telah pun disampaikan oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Tutong, S/Insp Shamsulnahar bin Haji Ideris yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Bukit Beruang, Tutong.

Rondaan yang melibatkan 12 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Beruang dan 67 orang anggota Polis Diraja Brunei ini telah dibahagikan kepada lima zon. Semasa rondaan dijalankan, buat pertama kalinya, ahli-ahli peronda ada yang menggunakan basikal dan selebihnya berjalan kaki.

Bagaimanapun, semasa rondaan yang dibuat bermula pada jam 8:30 malam sehingga 12 tengah malam itu tidak ada perkara yang berlaku dilaporkan. Turut hadir ialah Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Aman.

Rondaan yang dijalankan dengan menggunakan basikal.
Rondaan yang dijalankan dengan menggunakan basikal.

ARTIKEL YANG SAMA