Rondaan kampung giat dijalankan

Rondaan kampung giat dijalankan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 9 Ogos – Rumah sewa pekerja asing dan bangunan flat yang tidak berpenghuni di kawasan Jalan Maulana telah menjadi sasaran rondaan dan pemeriksaan dalam Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah di sini.

Operasi yang melibatkan lima orang anggota Balai Polis Kuala Belait bersama tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan B itu merangkumi rondaan di sekitar kawasan Kampung Pandan B, secara berjalan kaki dan juga menggunakan kenderaan.

Rumah sewa pekerja asing dan flat kosong adalah antara yang menjadi sasaran rondaan, bagaimanapun tiada sebarang kegiatan jenayah ditemukan sepanjang operasi dilakukan bermula pukul 9 malam Ahad lalu dan berakhir kira-kira pukul 12 tengah malam.

Antara yang menyertai Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah melibatkan ahli Balai Polis Kuala Belait dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan B.
Antara yang menyertai Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah melibatkan ahli Balai Polis Kuala Belait dan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Pandan B.

Operasi rondaan tersebut telah diketuai oleh Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Kuala Belait, P/ASP Wafiy bin Zakria dan disertai sama oleh Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malik bin Haji Abu Bakar. Operasi dan rondaan itu diadakan antara lain bertujuan untuk terus mengawal keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kampung berkenaan khasnya dan di daerah ini pada amnya, selain untuk mencegah berlakunya sebarang kejadian jenayah dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA