Rondaan kejiranan di sekitar Mukim Labu

Rondaan kejiranan di sekitar Mukim Labu

TEMBURONG, 5 Mei – Daerah Polis Temburong dengan kerjasama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Temburong dan Unit Pengawasan Kejiranan Kampung Labu Estet, baru-baru ini mengadakan rondaan pencegahan jenayah di sekitar Mukim Labu.

Operasi rondaan berjalan kaki dan berkenderaan di sekitar Kampung Labu Estet, Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba bin Talif, Kampung Senukoh, kawasan pertanian Labu, Taman Rekreasi Bukit Patoi, kawasan projek pembinaan jambatan dan Ladang Sawah Perdayan yang disertai oleh Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Labu Estet, Awang Hussin bin Haji Mohd Salleh serta ahli-ahlinya.

Walau bagaimanapun, tiada kegiatan mencurigakan didapati di sepanjang rondaan yang berakhir pada tengah malam.

Anak buah kampung yang baru diterima menjadi ahli pengawasan kejiranan bergambar ramai sebelum memulakan rondaan.
Anak buah kampung yang baru diterima menjadi ahli pengawasan kejiranan bergambar ramai sebelum memulakan rondaan.

ARTIKEL YANG SAMA