Rondaan pencegahan jenayah di Kampung Senukoh

Rondaan pencegahan jenayah di Kampung Senukoh

BANDAR SERI BEGAWAN – Pengawasan Kejiranan Kampung Senukoh bersama dengan anggota polis dari Balai Polis Bangar dan Daerah Polis Temburong telah mengadakan aktiviti pencegahan jenayah di persekitaran kampung berkenaan.

Aktiviti telah dimulakan dengan perjumpaan kedua belah pihak di Balai Raya Orang Kaya Sura Haji Tuba di kampung berkenaan.

Hadir mengetuai Pengawasan Kejiranan tersebut ialah Ketua Kampung Senukoh, Awang Yusof bin Haji Maidin.

Taklimat ringkas perlaksanaan operasi dan keselamatan telah disampaikan oleh Inspektor Percubaan (Probationary Inspector of Police), Awangku Muhammad Adib bin Pengiran Haji Kamaruddin, Pegawai Penyelia Detektif Daerah Polis Temburong.

Seramai 17 orang yang terlibat dalam operasi yang dilakukan oleh gabungan kerjasama daripada pihak polis dan ahli Pengawasan Kejiranan dari kampung tersebut.

Pihak polis dan ahli Pengawasan Kejiranan dari Kampung Senukoh yang terlibat dalam operasi rondaan pencegahan jenayah di kampung tersebut.
Pihak polis dan ahli Pengawasan Kejiranan dari Kampung Senukoh yang terlibat dalam operasi rondaan pencegahan jenayah di kampung tersebut.

pgm8_151028_b

Operasi sekatan jalan raya yang melibatkan penahanan dan pemeriksaan kenderaan turut dilaksanakan.
Operasi sekatan jalan raya yang melibatkan penahanan dan pemeriksaan kenderaan turut dilaksanakan.

Aktiviti rondaan yang dilakukan secara berkenderaan dan berjalan kaki telah digiatkan di kesemua kawasan kejiranan di Kampung Senukoh.

Operasi sekatan jalan raya yang melibatkan penahanan dan pemeriksaan kenderaan juga dilaksanakan pada malam itu.

Penglibatan secara berterusan daripada ahli Pengawasan Kejiranan bersama pihak berwajib adalah bagi menjaga keselamatan di persekitaran kejiranan masing-masing.

Di samping itu, ia juga menjadi salah satu cara bagi memastikan keadaan sesebuah kampung terjamin dan selamat dari apa jua anasir negatif dan sebarang ancaman jenayah dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA