Rondaan sekitar Kampung Labi

Rondaan sekitar Kampung Labi

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 1 Mei – Operasi Pencegahan Jenayah di Daerah Belait diteruskan lagi oleh anggota Balai polis Labi bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Labi I dan Kampung Labi II semalam.

Rondaan selama empat jam bermula 9 malam itu diketuai oleh Lans Koperal Muhd Izzat Izuddin bin Abdullah Leong dari Bahagian Perhubungan Pengawasan Kejiranan Balai Polis Labi. Ia turut disertai Ketua Kampung Labi I merangkap Pemangku Penghulu Mukim Labi Awang Hanapi bin Mohd Siput.

Antara kawasan yang disasarkan ialah bangunan pejabat kerajaan Kampung Labi, stesen elektrik, Taman Rekreasi jalan Wasai Wong Kadir Mendaram dan pos Polis Kampung Sungai Teraja dan kampung sekitarnya.

Bagaimanapun tiada sebarang aktiviti jenayah atau kejadian yang mencurigakan ditemui semasa operasi dilaksanakan.

Antara yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah Mukim Labi.
Antara yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah Mukim Labi.

ARTIKEL YANG SAMA