Rondaan sekitar RPN Kampung Panaga

Rondaan sekitar RPN Kampung Panaga

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 8 Feb – Lebih sepuluh orang ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga dengan kerjasama anggota Balai Polis Seria telah membuat rondaan pencegahan jenayah di persekitaran kampung tersebut, malam tadi.

Bagaimanapun, operasi yang berjalan kira-kira dua jam dari pukul 11:30 malam hingga pukul 2 pagi tadi tidak mengesan sebarang kesalahan jenayah.

Mengetuai operasi ialah Sarjan Zamri bin Haji Buang dari Bahagian Pengawasan Kejiranan Balai Polis Seria dan turut disertai sama oleh Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga, Awang Zaleha bin Lahap.

Operasi diadakan secara rondaan berjalan kaki dan dimulakan dari kediaman Awang Zaleha sebagai tempat berkumpul.

Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah  dari Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga dan Balai Polis Seria.
Antara yang terlibat menyertai Operasi Pencegahan Jenayah dari Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga dan Balai Polis Seria.

Ia antara lain bertujuan untuk terus membanteras daripada berlakunya kejadian jenayah seperti kecurian dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA