Rondon pudarkan harapan Man United

Rondon pudarkan harapan Man United

LONDON, 7 Mac (Reuters) – Salomon Rondon memudarkan cabaran menduduki empat teratas Manchester United dengan jaringan kencang pada separuh masa kedua untuk mengekalkan kebangkitan semula West Bromwich Albion dalam saingan Liga Perdana.

Penyerang kebangsaan Venezuela, 26, mengawal hantaran dari tepi pada Sebastien Pocognoli sebelum membenam bola masuk ke sudut kiri gawang pada minit ke-67 menentang United yang mula rapuh, apabila kehilangan Juan Mata setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-26.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu dilayangkan kad kuning apabila tidak berundur dan menghalang sepakan percuma pantas West Brom sebelum menerima kad kuning kedua, dua minit kemudian akibat menendang betis Darren Fletcher.

“Seperti apa yang anda lihat, kad kuning pertama adalah satu kesalahan yang bodoh dan kemudian sudah tentu anda perlu berhati-hati di mana pengadil boleh memberikan kad kuning kedua,” pengurus United, Louis van Gaal memberitahu BBC Sport.

Rondon ketika menendang bola masuk ke gawang Man United. – Reuters
Rondon ketika menendang bola masuk ke gawang Man United. – Reuters

“Seorang pengadil perlu membuat keputusan dalam masa satu saat namun apabila kamu kenal pemain itu, Mata tidak pernah mencederakan sebarang pemain pun.”

Kekalahan pertama United dalam saingan liga ke atas West Brom sejak 1984 ini menempatkan mereka di tangga keenam, tiga mata di belakang Machester City di tangga keempat, sementara West Brom naik ke tangga ke-11, mengumpul 39 mata dengan kemenangan ketiga dalam empat perlawanan liga.

“Separuh masa kedua agak ketinggalan sedikit, namun gol tersebut sesuatu yang cantik,” ujar pengurus West Brom Ton Pulis.

“Ia telah memberikannya masa untuk menyesuaikan diri dan tidak konsisten, namun mereka amat menyukainya di sini.

“Apa yang paling penting ialah perlawanan seterusnya, seperti apa yang anda lihat tahun ini, keputusan-keputusan agak lari sedikit. Mari dapatkan 40 mata, saya ras itu lebih selamat.”