Roni dijatuhi 4 bulan penjara

Roni dijatuhi 4 bulan penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Seorang lelaki tempatan yang berdepan dengan pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki lain dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Mohamad Roni bin Rajab, 38, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun di kawasan Pejabat Pos, Jalan Bunga Kemantin, Seria antara jam 6:20 dan 6:40 petang pada 30 Jun 2015.

pg06_150808_mahkamah logo2

Terdahulu, tertuduh diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani penilaian mental yang mana keputusan menunjukkan tertuduh layak untuk dibicarakan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Hazirah binti Pengiran Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA