Rooney akhiri kemarau gol, United terajui liga

Rooney akhiri kemarau gol, United terajui liga

LONDON, 27 Sept (AFP) – Manchester United mengeksploitasi kekalahan 4-1 Manchester City di Tottenham Hotspur dengan menewaskan Sunderland 3-0 semalam untuk menggantikan pesaing mereka itu di tangga teratas Liga Perdana.

Penyerahan City itu membuka ruang bagi pasukan kendalian Louis van Gaal dan mereka mendapatkannya menerusi jaringan dari Memphis Depay, Wayne Rooney, yang menamatkan kemarau jaringan liga 1,000 minit, dan Juan Mata.

Depay memecahkan kebuntuan pada akhir separuh masa pertama, menyudahkan selepas hantaran dari Daley Blind diledakkan oleh Mata, dengan Rooney dan Mata menamatkan tugasan itu pada separuh masa kedua.

“Ia adalah satu perasaan yang menarik untuk berada di tangga teratas. Ia adalah kali pertama dalam masa saya, jadi saya merasa gembira,” kata Van Gaal, yang mengetuai United ke kemuncak buat kali pertama sejak pengurus legenda, Alex Ferguson bersara pada 2013.

“Saya merasa gembira dengan jaringan pada masa tambahan (oleh Mata) kerana mereka menghukum diri mereka. Mereka selalu membuang masa dan pengadil tidak bertindak.”

Wayne Rooney (dua dari kanan) memerhatikan bol membolosi gawang Sunderland tatkala dia menghasilkan gol kedua pasukannya di Old Trafford di Manchester, barat laut England pada 26 September 2015. – AFP
Wayne Rooney (dua dari kanan) memerhatikan bol membolosi gawang Sunderland tatkala dia menghasilkan gol kedua pasukannya di Old Trafford di Manchester, barat laut England pada 26 September 2015. – AFP

Jaringan Rooney, yang diberikan umpanan oleh Anthony Martial, yang pertamanya dalam liga sejak April dan menyaksikannya menamatkan kedudukan bersama pemain hebat Old Traaford, Denis Law dengan 171 gol liga. Kemenangan itu membawa United satu mata di atas City, yang tercicir pada kekalahan kedua liga berturut-turut – dan kekalahan ketiga dalam empat perlawanan – di White Hart Lane.

City mendahului pada minit ke 25 menerusi Kevin De Bruyne, tetapi Eric Dier, Toby Alderweireld, Harry Kane, dengan jaringan pertamanya musim ini, dan Erik Lamela menjaringkan gol ketika Spurs kembali bangkit untuk kemenangan yang menempatkan mereka di tangga kelima.

“Liga Perdana selalunya sukar,” kata pengurus, City, Manuel Pellegrini memberitahu BT Sport.

“Sebab itu mengapa apabila kami memenangi lima perlawanan (liga) pertama, kami tidak menyatakan kami akan memenangi liga. Kami perlu meneruskannya. Pada masa akan datang kami perlu beraksi dalam setiap perlawanan seperti final.”

Juara bertahan Chelsea masih lagi panjang dari gambaran gelaran, tetapi kebangkitan lewat menyaksikan mereka bangkit setelah ketinggalan 2-0 untuk seri 2-2 di Newcastle United dan menghindarkan kekalahan keempat dalam kempen itu.