Rooney dedah ‘kemelut’ dengan Ferguson

Rooney dedah ‘kemelut’ dengan Ferguson

LONDON, 30 Sept (Reuters) – Kapten England, Wayne Rooney mendedahkan mengenai apa yang disifatkan banyak pihak sebagai ‘kemelut’ di antaranya dengan bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, bagaimana memiliki anak memberinya ketenangan dan kenapa dia tidak perlu menyertai Piala Dunia 2006, dalam program baru televisyen Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Rooney menafikan dia membuat permintaan perpindahan sejurus sebelum Ferguson bersara pada Mei 2013, tetapi mengakui dia ada menyatakan kemungkinan meninggalkan kelab itu yang disertainya dari Everton sembilan tahun lepas.

“Saya pergi berjumpa beliau dan hanya berkata, “Jika anda tidak memasukkan saya bermain, adalah lebih baik saya bermain di tempat lain,” kata Rooney.

“Kemudian, dengan tiba-tiba laporan media keluar menyatakan saya meminta untuk perpindahan, yang sebenarnya tidak pernah saya buat.”

Bekas pengurus Man United, Ferguson (kanan) ketika memberi kata-kata semangat kepada Rooney ketika salah satu perlawanan pasukan berkenaan. – Reuters
Bekas pengurus Man United, Ferguson (kanan) ketika memberi kata-kata semangat kepada Rooney ketika salah satu perlawanan pasukan berkenaan. – Reuters

Tiga tahun sebelumnya Rooney memang ada memohon perpindahan dan mempersoalkan matlamat kelab berkenaan.

Bercakap mengenai karier antarabangsanya, kapten England itu sekarang mengakui bahawa dia tidak sepatutnya bersetuju pergi bermain ke Piala Dunia 2006 di bawah Sven Goran Eriksson, selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Prestasinya pada dua Piala Dunia merupakan salah satu yang mengecewakan sepanjang karier Rooney, yang menurutnya, mungkin berpunca daripada “meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas diri saya.”