Rooney dicabar menangi Liga Europa

Rooney dicabar menangi Liga Europa

MANCHESTER, United Kingdom, 25 Nov – Pengurus pasukan Manchester United, Jose Mourinho mencabar Wayne Rooney untuk menerajui kelab itu untuk menjuarai Liga Europa selepas kapten pasukan England itu memecahkan rekod jaringan United di Eropah menentang Feyenoord.

Rooney, 31, menjaringkan gol Eropah ke-39 ketika United membenam Feyenoord 4-0 awal pagi tadi dengan menghampiri hanya satu gol jaringan sepanjang masa Bobby Charlton bagi kelab itu dengan 249 gol.

United memerlukan hanya seri menentang Zorya Luhansk dari Ukraine dalam perlawanan akhir Kumpulan A mereka untuk meneruskan kemaraan dan Mourinho berkata Rooney boleh menjadi inspirasi di sebalik kejayaan pertama kelab itu dalam persaingan tersebut.

“Ia adalah satu pencapaian yang luar biasa, jelas,” Mourinho memberitahu wartawan apabila ditanya untuk membuat kesimpulan aksi Rooney dalam mengatasi Ruud van Nistelrooy sebagai penjaring terbanyak United dalam kejohanan UEFA.

“Ia adalah lebih baik jika dia boleh membantu untuk membawa kelab ke satu-satunya kejohanan yang belum pernah dimenangi kelab itu dalam sejarahnya iaitu Liga Europa.

Wayne Rooney memecahkan rekod jaringan United ketika perlawanan menentang Feyenoord. – AFP
Wayne Rooney memecahkan rekod jaringan United ketika perlawanan menentang Feyenoord. – AFP

“Ia bukanlah perlawanan terbesar, jelas, tetapi ia adalah perlawanan di mana Man United belum melakarkan sejarah. Jadi kita akan mencuba.

“Saya tahu ia adalah sukar. Saya tahu terdapat banyak perlawanan dalam fasa kalah mati.

“Tetapi mari cuba untuk layak dan jika kita layak di Ukraine, lebih banyak perlawanan akan hadir dan berharap lebih banyak jaringan bagi Rooney.”

Persembahan Rooney menyusul seminggu tajuk negatif selepas dia datang tanpa dijemput dalam majlis perkahwinan ketika berada dalam tugasan England.

Biarpun kejayaannya, kapten England tidak beraksi dalam anugerah terhadap pemain terbaik kepada Henrikh Mkhitaryan yang menandakan permulaannya sejak 10 September dengan persembahan menarik.

Mourinho berkata pemain utama Armenia itu digugurkan dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 pada hujung minggu lalu ketika menentang Arsenal kerana belum bersedia bagi “tekanan” perlawanan berprofil tinggi seperti itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA