Rooney diketepikan dari skuad England

Rooney diketepikan dari skuad England

LONDON, 15 Nov – Kapten England, Wayne Rooney telah diketepikan bagi perlawanan persahabatan akhir England tahun ini menentang Sepanyol di Wembley, selepas dilaporkan mengalami kecederaan lutut, Pertubuhan Bola Sepak England (FA) mengesahkan.

“Penyerang itu duduk di bangku pada sesi latihan pagi di padang latihan Tottenham Hotspurs sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kecederaan lutut tersebut,” ujar pihak FA.

“Rooney dibenarkan untuk kembali ke kelabnya bagi pemeriksaan lanjut.”

Pengurus sementara England, Gareth Southgate pada awalnya berkata bahawa Rooney akan direhatkan daripada kesebelasan utama dalam apa kes pun, dengan Jordon Henderson dari Liverpool menggantikan tugas tersebut.

Rooney kembali kepada kesebelasan utama England pada perlawanan Jumaat lepas apabila menang 3-0 dalam kelayakan Piala Dunia, yang mana sebelum memulakan aksi dari bangku pada perlawanan seri 0-0 menentang Slovenia.

Bek kiri Ryang Bertrand, yang juga terlepas latihan kelmarin, kekal dalam perdebatan sama ada akan dimainkan atau tidak pada perlawanan di Wembley nanti.

Harry Kane sudah pun disingkirkan bagi perlawanan esok, penyerang Tottenham itu kembali ke kelabnya untuk meneruskan pemulihan terhadap masalah ligamen buku lalinya.

Perlawanan menentang Sepanyol adalah yang keempat dan terakhir buat Souhgate sebagai pengurus sementara sebelum dia ditetapkan bagi jawatan pengurus tetap England. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA