Rooney mampu pecah rekod Charlton

Rooney mampu pecah rekod Charlton

LONDON, 3 Sept (Reuters) – Wayne Rooney mampu memecahkan rekod 45 tahun Bobby Charlton dan sekali gus menjadi pemain pertama menjaringkan 50 gol untuk England, apabila barisan Roy Hodgson menentang San Marino dan Switzerland dalam kelayakan Euro 2016.

Rekod 49 gol Charlton menerusi 106 aksi antarabangsa bertahan sejak Mei 1970, namun Rooney yang kini memiliki 48 gol melalui 105 aksi mempunyai peluang keemasan untuk mengatasinya, apabila berkunjung ke Serravalle, bertemu pasukan kerdil, San Marino bagi saingan Kumpulan E pada tengah malam Sabtu.

Sekiranya, kapten pasukan England ini gagal berbuat demikian, yang setakat ini sudah menjaringkan lima gol dalam lima aksi terakhir England pada aksi kelayakan, masih boleh berbuat demikian apabila menyambut kunjungan Switzerland di Wembley pada Selasa.

Rooney bersaing dengan pertahanan Swansea City Ashley Williams (kiri) dalam aksi Liga Perdana di Stadium The Liberty Swansea, 30 Ogos lalu. – AFP
Rooney bersaing dengan pertahanan Swansea City Ashley Williams (kiri) dalam aksi Liga Perdana di Stadium The Liberty Swansea, 30 Ogos lalu. – AFP

Kemenangan ke atas San Marino, yang setakat ini sudah terselamat satu kekalahan dalam saingan antarabangsa dalam tempoh 10 tahun, akan memastikan England layak ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis.

England ketika ini mendahului saingan peringkat Kumpulan E, dengan himpunan 18 mata daripada enam aksi manakala Switzerland kedua, ketinggalan 12 mata dan Slovenia, ketiga dengan sembilan mata.

San Marino yang dibimbing Pierangelo Manzaroli buat pertama kali mengutip mata, apabila berjaya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Estonia pada saingan kelayakan, November lalu.

ARTIKEL YANG SAMA