Rooney masih kapten England

Rooney masih kapten England

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 30 Ogos – Wayne Rooney masih kekal sebagai kapten pasukan England untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2018, pengurus pasukan Sam Allardyce mengesahkan semalam.

Penyerang berusia 30 tahun itu yang juga kapten pasukan Manchester United, telah menjadi kapten pasukan England bagi tempoh dua tahun.

Dia akan mengenakan lilitan lengan di bawah Allardyce buat kali pertama Ahad ini apabila England melancarkan percubaan untuk mara ke Piala Dunia seterusnya di Rusia dengan perlawanan menentang Slovakia di Trnava.

“Wayne adalah kapten yang cemerlang bagi pasukan England dan memenuhi peranan yang memudahkan keputusan saya untuk memintanya meneruskan tugas itu,” kata Allardyce.

“Rekod catatan Wayne sendiri telah membuktikannya. Dia pemain paling senior dalam skuad dan dihormati oleh rakan sepasukan. Semua faktor ini menunjukkan kepadanya pilihan yang tepat untuk mengetuai pasukan.”

Rooney berjaya mengatasi cabaran pemain Bournemouth, Brad Smith dalam aksi Liga Perdana di Stadium Vitality, 14 Ogos lalu. – AP
Rooney berjaya mengatasi cabaran pemain Bournemouth, Brad Smith dalam aksi Liga Perdana di Stadium Vitality, 14 Ogos lalu. – AP

Rooney dilantik menjadi kapten oleh mantan Allardyce, Roy Hodgson pada Ogos 2014 selepas kapten sebelumnya, Steven Gerrard bersara dari arena bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia di Brazil.

Setahun kemudian dia memecahkan rekod jaringan Bobby Charlton yang berusia 45 tahun dengan menjaringkan gol ke-50 antarabangsanya dalam kemenangan kelayakan Euro ke atas Switzerland di Wembley.

Jaringan Rooney pada masa ini kekal dengan 53 gol dan menentang Slovakia dia akan menjadi pemain England paling banyak kap dengan 116, sekali gus mengatasi David Beckham.

Bekas penjaga gol Peter Shilton, yang membuat 125 kemunculan adalah pemain England paling banyak mendapatkan kap secara keseluruhannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA