Rooney patut pergi selepas Euro

Rooney patut pergi selepas Euro

Wayne RooneyLONDON, 7 Sept – Pemain hebat England Peter Shilton pada Selasa berkata, Wayne Rooney (gambar) sepatutnya bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Kejohanan Eropah tahun ini.

Pemain Manchester United berusia 30 tahun itu berkata dia berhasrat untuk bersara daripada mewakili England selepas Piala Dunia 2018 di Rusia, tetapi bekas penjaga gol Shilton percaya beliau sepatutnya sudah selesai dengan pasukan kebangsaan.

Shilton, dengan rekod England 125 kap yang bakal dipadamkan oleh Rooney, memberitahu BBC: “Saya tidak rasa dia seorang penyerang lagi.

“Dia menendang bola di sekeliling tetapi saya tidak fikir dia sangat berkesan. Saya fikir dia sepatutnya bersara selepas Euro. Bukan kerana dia dapat memecahkan rekod saya. Jauh daripada itu. Kalau ya pun, dan dia bermain dengan baik, bagus juga.”

Rooney membuat penampilan antarabangsa ke-116 Ahad lalu dalam kendalian sulung Sam Allardyce dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Slovakia terima kasih kepada gol masa kecederaan Adam Lallana untuk kelayakan Piala Dunia 2018.

Kapten England itu paling dikenali sebagai penyerang dan kedudukannya di dalam pasukan menjadi subjek banyak perdebatan, bermula dengan peranan itu ketika menentang Slovakia sebelum pergi lebih jauh ke bahagian tengah apabila Dele Alli masuk pada babak kedua .

Tetapi, menurut Shilton, Rooney yang menjadi penjaring terbanyak England dengan 53 gol, dalam peranan yang salah. “Kami cuba untuk padankan dia tetapi dia bukan seorang pemain midfield bagi saya,” kata Shilton, 66. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA