Rooney Pecah Rekod Charlton

Rooney Pecah Rekod Charlton

LONDON, 9 Sept – Wayne Rooney mengatasi rekod Bobby Charlton selaku penjaring terbanyak England berusia 45 tahun apabila meledak gol antarabangsanya yang ke-50 pada pusingan kelayakan Euro 2016 bertemu Switzerland, awal pagi tadi.

Kapten England itu menyudahkan tendangan penalti di sudut kiri pada minit ke-84 di Stadium Wembley Stadium bagi memastikan kemenangan selesa 2-0 skuad bimbingan Roy Hodgson ke atas Switzerland.

Gol awal England diperoleh menerusi Harry Kane.

Penyerang Manchester United berusia 29 tahun itu memecah rekod jaringan Charlton yang dicatatnya sejak Mei 1970, apabila menjadi pemain England pertama untuk merekodkan 49 jaringan.

Sebaik menjaringkan gol, Rooney terus mengangkat tangan ke langit tanda meraikan saat berkenaan.

Rooney (kiri) mengatasi rekod Charlton (kanan) apabila meledak gol antarabangsanya yang ke-50 pada pusingan kelayakan Euro 2016 bertemu Switzerland. – AFP
Rooney (kiri) mengatasi rekod Charlton (kanan) apabila meledak gol antarabangsanya yang ke-50 pada pusingan kelayakan Euro 2016 bertemu Switzerland. – AFP

Serentak itu juga ia disambut dengan sorakan oleh majoriti 75,751 peminat bola sepak di stadium yang berdiri sebagai tanda penghormatan.

Rooney sebelum ini menyamai rekod jaringan Charlton dan Gary Lineker apabila melakukan jaringan pembukaan England ketika bertemu San Marino, Sabtu lalu dengan England menang besar 6-0 sekali gus layak ke Euro 2016. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA