Rooney: Pemain percaya Hodgson

Rooney: Pemain percaya Hodgson

CHANTILLY (Perancis), 29 Jun (AFP) – Kapten England, Wayne Rooney menafikan laporan di mana pemain senior mempersoalkan pemilihan pemain yang dibuat Roy Hodgson sebelum mereka ditewaskan Iceland 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik, baru-baru ini.

“Bagi membalas laporan media, saya mengesahkan laporan terbabit adalah tidak benar,” kata Rooney menerusi kenyataan yang dikeluarkan kepada Press Association (AP).

“Saya mewakili pemain menyokong keputusan yang dibuat pengendali England, namun kami memahami sebab dia meletakkan jawatan.

Kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya sepanjang kejohanan ini.” Kenyataan Rooney itu dibuat susulan laporan media British yang mendakwa pemain senior terkejut dengan formasi yang dirancang oleh Hodgson pada kejohanan terbabit, termasuk beberapa pemilihan pemain.

Hodgson mengesahkan dia tidak lagi memikul tanggungjawab selaku pengurus England selepas mereka tewas di tangan Iceland, sekali gus menyaksikan mereka tersingkir daripada Euro 2016.

ARTIKEL YANG SAMA