Rooney pemain terbaik England

Rooney pemain terbaik England

LONDON, 6 Jan (AFP) – Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney diundi Pemain Terbaik England 2015 buat kali keempat selepas memecah rekod jaringan terbanyak negaranya, umum Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), hari ini.

Pemain berusia 30 tahun itu mengatasi rekod 49 gol yang sebelum ini dipegang legenda, Bobby Charlton dengan mengumpul 51 gol.

Dalam kempen kelayakan Euro 2016, Rooney meledak tujuh gol ketika membantu skuad bimbingan Roy Hodgson melakar rekod sempurna 10 kemenangan.

Rooney yang juga kapten England menerima 37 peratus undi daripada undian yang dibuat ahli-ahli Kelab Penyokong England.

Wayne Rooney diundi sebagai Pemain Terbaik England 2015 yang merupakan kali keempat dianugerahkan kepadanya. – Reuters
Wayne Rooney diundi sebagai Pemain Terbaik England 2015 yang merupakan kali keempat dianugerahkan kepadanya. – Reuters

Dia sebelum ini memenangi anugerah itu pada 2008, 2009 dan 2014.

Penjaga gol Stoke City, Jack Butland yang menampilkan persembahan menakjubkan musim ini memenangi anugerah Pemain Bawah 21 Tahun Terbaik. Rooney dan Butland, 22 akan diraikan dan menerima anugerah terbabit sebelum perlawanan persahabatan membabitkan England dan Jerman di Berlin pada 26 Mac depan.

ARTIKEL YANG SAMA