Rooney rancang kecewakan Klopp

Rooney rancang kecewakan Klopp

LONDON, 15 Jan (AFP) – Wayne Rooney merancang untuk mengecewakan lagi Jurgen Klopp apabila pengendali pasukan Liverpool tersebut merasai aksi sulung dalam perseteruan antara The Reds dengan Manchester United di Anfield pada Ahad ini.

Klopp berjaya menyerlahkan kehadirannya menerusi beberapa siri aksi dengan lawan sejak membimbing The Reds pada Oktober lalu dan pengurus Jerman itu pastinya menantikan pertemuan yang ditunggu-tunggu dalam kalendar Liga Perdana Inggeris itu.

Daripada serangan gas CS oleh peminat Liverpool kepada pemain dan pegawai Manchester United di Anfield pada 1986, sehingga sikap rasis Luis Suarez ke atas pemain United, Patrice Evra pada 2011, beberapa pertemuan kedua-dua pasukan itu kemudian berlangsung tanpa sebarang insiden kebencian.

Namun kedua-dua kelab ini masih lagi jauh dalam pemburuan gelaran, dengan United berada sembilan mata daripada pendahulu, Arsenal sementara Liverpool ketinggalan di belakang dengan tiga mata – dan ia adalah antara sebab mengapa mereka perlu mempamerkan kehebatan di Anfield Ahad ini.

United pasti suka melihat harapan Klopp berkecai pada Ahad ini tetapi selepas menyamakan kedudukan seri 3-3 di saat akhir menentang Newcastle United pada Selasa lalu, kapten Rooney berkata, pasukannya perlu bermain dengan tenang yang dilihatnya kurang berlaku ketika pertemuan dengan pasukan itu.

Wayne Rooney merancang untuk mengecewakan pengurus baru Liverpool, Juergen Klopp (gambar bawah, tengah) dalam pertemuan dua musuh tradisi itu di Anfield Ahad ini. – Reuters
Wayne Rooney merancang untuk mengecewakan pengurus baru Liverpool, Juergen Klopp (gambar bawah, tengah) dalam pertemuan dua musuh tradisi itu di Anfield Ahad ini. – Reuters

Liverpool v Arsenal - Barclays Premier League

pg20_160116_logo-EPL

“Anda boleh menjaringkan seberapa banyak gol yang anda mahu, tetapi jika anda kerap bolos gol, ini akan menjadi masalah,” kata Rooney. “Gol yang bolos ketika menentang Newcastle United adalah jaringan bodoh dan sepatutnya boleh dielakkan. Kami perlu cuba untuk mengimbangkan dengan betul.”

Liverpool tewas pada tiga pertemuan sebelum ini dengan United termasuklah kekalahan 3-1 di Old Trafford pada musim ini – juga bolos tiga kali dalam pertengahan minggu ini tetapi Joe Allen berjaya menyelamatkan kelab itu untuk mengikat seri 3-3 ketika menentang Arsenal.

“Ia adalah perlawanan yang gila, malam yang gila,” kata pertahanan Liverpool, Kolo Toure. “Dalam perlawanan akan datang menentang United, kami perlu tunjukkan kekuatan pertahanan.

“United menjaringkan tiga gol pada perlawanan terakhir mereka, dan juga kami. Mereka bolos tiga, dan kami juga.

“Ia akan menjadi satu lagi perlawanan besar buat kami. Ini adalah permainan yang boleh menang jika anda mempunyai kekuatan mental.”

Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mendedahkan dia memberitahu rakan sejawatnya di Liverpool, Jurgen Klopp untuk bertenang ketika pertembungan menarik kedua-dua pasukan di Anfield, awal pagi semalam.

Kedua-dua pasukan berkongsi tiga gol apabila keputusan perlawanan berakhir 3-3 dengan gol voley pemain gantian, Joe Allen pada minit terakhir perlawanan menggagalkan usaha Gunners mengutip tiga mata berharga.

Pada awal babak kedua perlawanan, wujud perdebatan panjang membabitkan Wenger dan Kloop yang mana bos Arsenal itu mendedahkan perincian perbincangan terbabit.

“Saya memberitahunya ‘bertenang kerana mereka akan mengarahkan kamu keluar jika kamu berdiri di sana,” kata pengurus veteran kelahiran Perancis itu. “Di Liverpool, ia amat sempit, kamu amat hampir satu sama lain,” katanya.

pg20_160116_c

ARTIKEL YANG SAMA