Rooney sedia bantu England hingga 2018

Rooney sedia bantu England hingga 2018

LONDON, 1 Ogos – Wayne Rooney akan terus bermain untuk England walaupun dia tidak ditugaskan sebagai kapten di bawah pengurus baharu, Sam Allardyce.

Mereka berdua sudah berbincang, tetapi Rooney tidak memberi jaminan betapa dia akan terus memainkan peranan sama seperti di bawah kendalian Roy Hodgson sebelum ini.

Namun Rooney menegaskan, walaupun Allardyce memberikan tugas selaku kapten kepada pemain lain, dia tidak akan mempertimbangkan mengenai masa depannya pada peringkat antarabangsa sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun lagi.

“Saya akan terus beraksi hingga Piala Dunia 2018 dan selepas itu saya mungkin perlu membuat satu keputusan,” kata Rooney.

Wayne Rooney keluar dari bas pasukan di hotel di Gothenburg pada Sabtu lalu. – AFP
Wayne Rooney keluar dari bas pasukan di hotel di Gothenburg pada Sabtu lalu. – AFP

“Tetapi untuk dua tahun akan datang, bertindak sebagai kapten atau tidak, saya akan terus bermain jika diperlukan.

“Saya sudah berbincang dengan beliau (Allardyce). Bukan dengan panjang lebar berkenaan bagaimana kami akan bermain atau apa peranan saya, tetapi dia kelihatan sangat teruja dengan kerjanya dan memiliki cara sendiri untuk melakukannya.

“Saya tidak fikir ia adil untuk mengharapkan beliau membuat keputusan mengenai siapa kapten sekarang. Jadi saya akan tunggu dan lihat apa yang difikirkannya. Dia mahu melihat pasukan, bekerja dengan kami semua dan kemudian membuat keputusannya.” – Agensi