Rooney sudah bosan

Rooney sudah bosan

LONDON, 5 Okt – Wayne Rooney berjanji untuk menerima apa saja peranan yang diarahkan pengurus England Gareth Southgate untuknya selepas mengakui dia sudah bosan dengan perdebatan mengenai posisi terbaiknya.

Rooney meluangkan masa-masa terbaik sepanjang kerjayanya sebagai penyerang, tetapi diletakkan di midfield oleh bekas bos England Roy Hodgson pada persaingan Euro 2016 selepas menamatkan musim lalu bersama Manchester United di posisi yang sama.

Ketibaan Mourinho di United untuk menggantikan Louis van Gaal menyaksikan Rooney kembali ke bahagian serangan.

Bagaimanapun, kaptan England itu kerap meletakkan dirinya dalam peranan sukar pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Slovakia bulan lalu.

Ia adalah satu-satunya perlawanan bagi bagi pengurus England Sam Allardyce sebelum pergi minggu lalu dan dengan bos sementara, Southgate bersedia menamakan pasukannya bagi aksi kelayakan pada Sabtu menentang Malta, dan Rooney terus ditanya mengenai peranan yang disukainya sekali lagi.

Rooney sudah bosan dengan pertanyaan apa posisi terbaiknya beraksi untuk England. – AP
Rooney sudah bosan dengan pertanyaan apa posisi terbaiknya beraksi untuk England. – AP

“Saya tidak tahu, itu persoalan Gareth,” Rooney yang jelas terganggu memberitahu wartawan semalam.

“Persoalan di mana saya akan beraksi…ia soalan yang semakin membosankan sama ada saya akan beraksi sebagai penyerang, di midfield atau sebagai pemain nombor 10.

“Saya telah menjawab soalan itu banyak kali dan jawapannya sama. Saya akan beraksi di mana saja pengurus mahukan. Saya tidak memilih, bukan saya memilih dan saya akan beraksi mengikut arahan.

“Saya pasti arahan dari Gareth, sama ada untuk beraksi atau tidak, adalah arahan yang akan saya bawa mengikuti keupayaan terbaik saya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA