Rooney terlepas aksi Liga Europa

Rooney terlepas aksi Liga Europa

LONDON, 17 Feb – Wayne Rooney akan terlepas perlawanan Liga Europa membabitkan Manchester United menentang FC Midtjylland awal pagi Jumaat ini, kata gergasi bola sepak Inggeris itu dalam satu kenyataan.

Penyerang England itu yang juga Kapten United tidak disenaraikan dalam 18 pemain skuad Louis van Gaal, yang akan berkunjung ke Denmark untuk perlawanan 31 pasukan terakhir.

“Wayne Rooney adalah antara yang tidak akan turut serta dalam skuad dan pengurus dijangka akan mengesahkan kenapa kaptennya tidak dibawa bersama ketika sidang media praperlawanan nanti,” kata kenyataan itu.

Defender Matteo Darmian juga terlepas kunjungan ke Denmark selepas terseliuh bahunya semasa tewas 2-1 kepada Sunderland dalam aksi Liga Perdana hujung minggu lalu. Adnan Januzaj dipinjamkan ke Borussia Dortmund awal musim ini.

Kekalahan United kepada Sunderland meninggalkan mereka di tangga kelima dalam liga utama England dan enam mata di belakang empat pasukan teratas – keperluan minimum kelab itu dalam erti kata Van Gaal – yang akan menjamin kemasukan ke Liga Juara-Juara.

Kekalahan di Denmark hanya akan menambah tekanan ke atas van Gaal, dengan spekulasi bahawa bekas pengurus Chelsea Jose Mourinho bakal menggantikan beliau pada akhir musim ini.

Tekanan Van Gaal diburukkan lagi dengan spekulasi bahawa Mourinho sudah berunding dengan pemilik kelab mengenai tugasan pemulihan di Old Trafford. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA