Rooney tetap pemain penting United

Rooney tetap pemain penting United

MANCHESTER, 25 Sept – Wayne Rooney kekal sebagai pemain utama Manchester United biarpun kapten The Red Devils itu diletakkan di bangku simpanan ketika menewaskan juara bertahan, Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi, ujar Jose Mourinho.

Tindakan Mourinho meletakkan Rooney di bangku simpanan dalam aksi di Old Trafford itu jelas membuahkan hasil positif berdasarkan prestasi menakjubkan dipamerkan barisan pemainnya.

Bagaimanapun, pengurus United itu menegaskan Rooney kekal sebagai kapten pasukan dan memilih untuk memberi fokus terhadap prestasi Marcus Rashford dan Jesse Lingard berbanding menggunakan khidmat penyerang senior itu selepas aksi hambar dalam perlawanan sebelum ini.

Wayne ketika dimasukkan bagi menggantikan Marcus Rashford. - AP
Wayne ketika dimasukkan bagi menggantikan Marcus Rashford. – AP

“Dia tetap kapten saya. Jika dia di atas padang atau dia berada di rumah, dia tetap kapten saya.

“Itu bukan masalah besar kerana kami fikir menentang pasukan seperti Leicester dengan cara mereka bertahan, ia adalah pilihan terbaik untuk kami. Kami menggunakan pemain muda yang pantas dengan Juan Mata di posisi yang mana dia boleh berkomunikasi dengan pemain muda itu. – AFP