Rooney tidak lagi terasa keseorangan

Rooney tidak lagi terasa keseorangan

UEFA-Euro-2016-Logo

CHANTILLY, Perancis, 24 Jun (AFP) – Kapten England, Wayne Rooney berkata beliau lebih santai sekarang berbanding mana-mana kejohanan utama sebelum ini kerana dia tidak lagi terasa seperti wira tunggal dalam skuad.

Ketua pasukan Manchester United itu akan menyamai rekod kap 115 David Beckham untuk England apabila pasukan Roy Hodgson berdepan pasukan kerdil Iceland pada pusingan 16 terakhir Euro 2016 Nice, Isnin ini.

Dengan Rooney bermain di bahagian tengah, tanggungjawab sekarang terserah pada bahu Harry Kane, Jamie Vardy dan Daniel Sturridge untuk menjaringkan go.

Ketika England berjuang di depan gol, Rooney percaya mereka mempunyai ramai pemain yang mampu menentukan permainan bila-bila masa berbanding kerjaya antarabangsanya selama 13 tahun.

“Saya sentiasa melangkah ke dalam kejohanan dengan pemikiran jika saya tidak bermain pada tahap terbaik, saya tidak dapat melihat kami akan menang,” katanya menceritakan kepada pemberita di pusat media Chantilly England semalam.

“Saya datang ke sini bersama pemain yang mampu melakukan perkara-perkara ajaib. Kami berbeza, tetapi kami ramai wira. Kami mempunyai lima atau enam wira dalam pasukan dan saya tidak boleh mengatakan keadaan selalu begitu.”

Ketika England memulakan pada pusingan kalah mati, badi penalti kembali menghantui dan Rooney mendedahkan beliau sedaya upaya berlatih untuk memastikan dia sudah bersedia sekiranya perlawanan ditentukan dengan penalti.

“Apa-apa tendangan sudut yang saya akan ambil saya beritahu penjaga gol,” katanya. “Jika dia tidak boleh menyelamatkan keadaan walaupun mengetahui arah mana sepakan saya, tidak ada kebimbangan bagi saya untuk mengambil sepakan.”

ARTIKEL YANG SAMA