Rory ‘duta besar hebat dunia golf’

Rory ‘duta besar hebat dunia golf’

BAD GRIESBACH, Jerman, 29 Sept (Reuters) – Ketua eksekutif Jelajah Eropah yang baru, Keith Pelley menggambarkan juara empat kali Rory McIlroy sebagai “duta besar hebat dunia golf”.

Musim pemain dari Ireland Utara itu, 26, terjejas dengan kecederaan buku lali yang dialaminya ketika perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya dan diambil alih oleh Jordan Spieth dari Amerika Syarikat dan Jason Day dari Australia di rangking teratas.

Pelley berkata McIlroy adalah “lelaki yang luar bias” dan seseorang yang diperlukan Jelajah Eropah “bagi beberapa tahun mendatang”.

“Rory adalah salah seorang duta besar terhebat dalam sukan golf,” ketua eksekutif itu dari Kanada itu memberitahu Reuters dalam temu bual pada Terbuka Eropah minggu lalu.

“Nilainya kepada Jelajah Eropah adalah signifikan tetapi nilainya kepada dunia golf adalah lebih signifikan lagi. Dia seorang yang berkarisma, seorang yang bijak, dia seorang yang bercakap dengan sopan dan dia segalanya yang anda mahukan dalam duta besar. Kami bernasib baik dia adalah ahli Jelajah Eropah.”

Keith Pelley (kiri) dan Rory McIlroy. – Reuters
Keith Pelley (kiri) dan Rory McIlroy. – Reuters

Pelley, yang mengambil alih sebagai ketua eksekutif dari George O’Grady awal tahun ini, berkata pemain nombor tiga dunia itu adalah sebahagian dari strateginya untuk terus ke depan.

“Tiada persoalan Rory dan sebahagian pemain-pemain elit begitu kritikal dalam perancangan Jelajah Eropah,” jelasnya.

“Tetapi lebih penting, bila-bila pun Rory beraksi dan Rory berbincang dan bercakap bersama media, ia adalah positif bagi sukan kami.

“Segalanya positif bagi sukan kami, perlu positif bagi Jelajah Eropah.”

Sebagai presiden Rogers Media, Pelley bertanggungjawab bagi 51 buah stesen radio, 56 penerbitan, 12 stesen TV termasuk 42 stesen setempat dan 300 harta digital, begitu juga dengan Toronto Blue Jays, satu-satunya pasukan Major League Baseball Kanada.

ARTIKEL YANG SAMA