Rory McIlroy, Paul Casey bersaing dalam gelap di WGC

Rory McIlroy, Paul Casey bersaing dalam gelap di WGC

SAN FRANCISCO, 3 Mei (AFP) – Pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy dan Paul Casey dari England bersaing untuk kekal dalam pertandingan WGC Championship Match Play yang menawarkan ganjaran AS$9.25 juta di California semalam, bermula sejak subuh untuk meneruskan persaingan merebut tempat empat pemain terakhir.

Dalam keadaan yang hampir gelap di Harding Park, dua bintang Eropah itu selesai dengan kedudukan sama selepas 21 lubang dan akan meneruskan persaingan penentuan pada jam 6:45 pagi. McIlroy terlepas birdie putt enam kaki untuk menang pada lubang penentuan yang menyaksikan Casey gembira kerana selamat.

“Saya melepaskan beberapa peluru tetapi saya memberikan peluang sebanyak itu juga kepadanya,” kata Casey. “Saya gembira kami akan kembali esok. Saya rasa cukup untuk hari ini dan minggu ini,” tambah beliau merujuk kepada putt terlepas McIlroy.

McIlroy yang kesal dengan ketidakupayaannya untuk menamatkan kemenangan berkata: “Ia terlalu bagus, ke depan dan ke belakang. Saya mempunyai beberapa peluang untuk menamatkannya tetapi gagal melakukannya. Keadaan begitu gelap, jadi kami akan kembali pada pagi dan mencuba sekali lagi.”

(Dari kiri) Paul Casey dan Rory McIlroy semasa beraksi dalam suku akhir pertandingan WGC Championship Match Play di San Francisco, semalam. – AFP
(Dari kiri) Paul Casey dan Rory McIlroy semasa beraksi dalam suku akhir pertandingan WGC Championship Match Play di San Francisco, semalam. – AFP

McIlroy, hebat dalam 6&5 bagi menyingkirkan Hideki Matsuyama dalam pusingan 16 pemain terakhir, bermula dengan suku akhir ketika menamatkan pusingan sebelumnya dengan memenangi birdie pada lubang pertama untuk mendahului. Tetapi Casey kembali dengan tiga birdie di atas sembilan untuk mendahului dua.

McIlroy dengan perlahan kembali ke dalam persaingan, menghasilkan 20-foot birdie putt pada lubang ke-10 untuk mengurangkan pendahuluan Casey. Satu bogi Casey pada par tiga lubang 13 meletakkan persaingan di kedudukan sama tetapi bogi pertama McIlroy menyerahkan inisiatif kembali kepada pesaingnya pada lubang ke-14.

Selepas membahagikan par empat lubang ke-15, McIlroy dilihat membatalkan pendahuluan Casey ketika dia bersedia bagi five foot birdie putt. Casey bagaimanapun dengan tenang menghasilkan putt sukar bagi mencatatkan birdie dari luar green untuk mendahului pada baki dua lubang.

ARTIKEL YANG SAMA