Rory McIlroy, Spieth menang mudah di WGC

Rory McIlroy, Spieth menang mudah di WGC

SAN FRANCISCO, 30 April – Pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy dan juara Master, Jordan Spieth memulakan kempen Kejuaraan WGC-Match Play dengan kemenangan mudah semalam untuk pertandingan yang menawarkan ganjaran AS$9.25 juta.

Bintang Ireland Utara itu, McIlroy, yang mencatatkan satu birdie dan 13 pars terlalu bagus bagi Jason Dufner, memenangi 5&4 di Harding Park, San Francisco berkata: “Saya rasa dari tee sehingga green saya beraksi dengan baik. Tidak banyak halangan,” kata McIlroy.

“Saya mencatatkan birdie pada lubang pertama dan kemudian menghasilkan 13 par selepas itu. Jason tidak mencatatkan hari terbaik tetapi ini adalah Match Play – anda hanya perlu menewaskan pemain di depan anda dan saya mampu melakukannya hari ini.”

Spieth, yang baru mempamerkan rentak menarik dari mula sehingga penamat di Augusta, mengalami sedikit kesukaran menyaingi Mikko Ilonen dari Finland 4&2. Spieth berkata dia mendapat faedah selepas menghabiskan masa untuk memperbaiki pukulannya minggu lalu.
“Ia adalah pusingan sukar, satu bogi dan saya rasa tujuh birdie. Saya pasti mendapatkannya pada minggu selebihnya. Adalah bagus untuk bermula dengan permulaan yang bagus. Saya bermain dengan baik hari ini,” kata Spieth.

Ia adalah pemeriksaan realiti bagi Ilonen, ranking terbawah yang hanya membuat perjalanan ke California sebelum memasuki pertandingan apabila Phil Mickleson menarik diri daripada 64 pemain pada Ahad.

Rory McIlroy membuat pukulan semasa beraksi di WGC-Match Play semalam. - AFP
Rory McIlroy membuat pukulan semasa beraksi di WGC-Match Play semalam. – AFP

Pusingan round robin baru bagi pertandingan tahun ini bermakna Ilonen akan kekal di San Francisco sekurang–kurangnya dua hari sahaja lagi bagi memainkan permainan selebihnya dalam Kumpulan Dua, yang juga melibatkan Lee Westwood dari England dan Matt Every dari AS.

Penganjur pertandingan yang berharap persaingan akhir di antara Spieth dan McIlroy Ahad ini, merubah pertandingan tahun ini untuk mengetepikan kemungkinan kesukaran pada pusingan pertama. – AFP