Rory Mcllroy tamatkan kemarau 6 bulan

Rory Mcllroy tamatkan kemarau 6 bulan

DUBLIN, 23 Mei (AFP) – Rory Mcllroy menamatkan kemarau tanpa kemenangana enam bulan, dengan menghasilkan dua pukulan terbaiknya pada tiga lubang terakhir untuk memenangi gelaran Terbuka Ireland pertama di K Club.

Hos pertandingan Mcllroy mempamerkan kelas tersendiri, bangkit setelah ketinggalan satu pukulan di belakang Russell Knox dari Scotland pada pukulan pertama dari jarak 256 ela menggunakan kayu pemukul 3 wood ke lubang 16 untuk mencatatkan birdie, dan kemudian membuat pukulan menggunakan kayu pemukul 5 wood bagi menghampiri jarak bagi mencatatkan eagle pada lubang terakhir untuk memenangi tiga pukulan dengan purata 12 bawah par.

Mcllroy, yang sudah berada di atas padang itu lebih awal untuk beraksi tiga lubang bagi pusingan ketiganya dalam pertandingan yang terjejas dengan keadaan cuaca, menghampiri lubang 18 mendahului tiga pukulan, tetapi selepas Knox mencatatkan birdie pada lubang 14 dan 15, juara empat kali itu mendapati dirinya ketinggalan satu strok.

Rory Mcllroy bergambar bersama trofinya. – AP
Rory Mcllroy bergambar bersama trofinya. – AP

“Lubang 16 adalah titik perubahan dalam pertandingan itu bagi saya, jadi dengan memperoleh birdie pada lubang itu dan meneruskan di depan Russell, dan menamatkan dengan pukulan menggunakan kayu pemukul 5 wood di lubang terakhir, adalah menggembirakan,” kata Mcllroy.

“Untuk memenangi Terbuka Ireland, memenangi Terbuka kebangsaan anda, anda tidak memiliki banyak peluang untuk melakukannya. Saya tahu saya perlu mendapatkan peluang saya dan saya gembira, saya hadir dengan pukulan yang tepat pada masa yang tepat.

“Jadi pukulan tersebut tepat di sana sebagai antara yang terbaik saya catatkan. Saya kembali dengan kayu pemukul 3 wood di Valhalla dan saya ketinggalan tiga pukulan dalam Kejuaraan PGA (2012), tetapi pukulan di lubang 16 hari ini adalah lebih baik berbanding dengan 3 wood.

ARTIKEL YANG SAMA