Rory menang Quail Hollow

Rory menang Quail Hollow

CHARLOTTE, 18 Mei – Rory McIlroy mengukuhkan statusnya sebagai pemain golf terbaik dunia semalam apabila memberikan sentuhan penyudah bagi rekod kejayaan dalam Kejohanan PGA AS, Jelajah Wells Fargo.

Pemain nombor satu dunia itu mencatatkan lima birdie dalam tiga bawah par 69, berikutan rekod mengejutnya 61 Sabtu lalu untuk menamatkan pertandingan dengan 21 pukulan bawah par bagi purata 267, tujuh strok di depan Webb Simpson dan Patrick Rodgers yang berkongsi di tempat kedua dengan 274 pukulan.

Pemain dari Ireland Utara berusia 26 tahun itu memecahkan rekod pertandingan 72 lubang yang dicatatkan oleh Anthony Kim pada 2008 dengan lima strok. Dia menjadi pemenang dua kali pada pertandingan itu, di mana kali pertama mencatatkan kejayaannya daripada 11 gelaran Jelajah PGA AS pada 2010.

“Segalanya berada dalam kedudukan baik bagi saya,” kata McIlroy, yang sekarang menyeberangi Atlantik bagi Pertandingan Jelajah PGA Eropah di Wentworth dan Terbuka Ireland di Royal County Down.

McIlroy mencatatkan tiga putt bogey pada lubang kedua. Pada ketika dia mencatatkan bogey 17 dia berjaya menghasilkan pendahuluan tujuh pukulan. Dia mencatatkan dua birdie par lima di depan sembilan, lubang kelima dan ketujuh, dan menghasilkan birdie pada lubang ke-12, 14 dan 16.

Rory McIlroy selepas dinobatkan sebagai pemenang Jelajah Wells Fargo. – AFP
Rory McIlroy selepas dinobatkan sebagai pemenang Jelajah Wells Fargo. – AFP

Pada lubang ke-12, dia menghasilkan pukulan 132 ela kepada dua kaki dan memasukkan bola bagi birdie. Dia bergerak kepada 21 bawah dengan birdie di lubang ke-14 dan ke-16 membolehkan pukulannya hanya tiga kaki dari pin dan menyudahkannya.

“Padang golf sempurna bagi saya. Dengan kejauhan dan cara saya membuat pukulan, ia adalah kelebihan besar di sini dan ia ditunjukkan minggu ini,” kata McIlroy, yang berada di tangga ketiga dalam kedudukan Jelajah PGA AS, Piala FedEx.

Simpson memulakan persaingan empat pukulan di belakang McIlroy dan selesai dengan par 72.

Sebarang harapan dia mengejar McIlroy berakhir dengan dua bogey pada par tiga lubang keenam. – AFP