Rory mungkin tidak beraksi di Rio

Rory mungkin tidak beraksi di Rio

LONDON, 24 Mei (AFP) – Pemenang empat kali kejohanan utama, Rory Mcllroy semalam mendedahkan dia mungkin akan menolak untuk beraksi dalam Olimpik tahun ini kerana virus Zika di Brazil.

Vijay Singh dari Fiji dan Marc Leishman dari Australia sudah memutuskan untuk tidak menyertai Sukan Rio kerana virus tersebut, sementara Adam Scott, Louis Oosthuizen dan Charl Schwartzel menarik diri kerana apa yang mereka katakana alasan penjadualan.

Pemain nombor tiga Mcllroy menekankan mengenai penyebaran Zika, yang dikaitkan dengan kecacatan otak terhadap anak damit yang baru lahir, dan bintang Ireland Utara itu menyatakan ia mungkin menyertai senarai mereka yang tidak beraksi.

‘Terdapat satu kedudukan dalam masa beberapa tahun di mana kami (bersama tunang, Erica Stoll) akan perlu memikirkan untuk membina sebuah keluarga,’ dia memberitahu BBC.

“Buat masa sekarang saya bersedia untuk pergi tetapi saya tidak mahu sesuatu untuk menjejaskannya.”

Rory Mcllroy ketika menjulang piala kejohanan di tempat asalnya baru-baru ini. - AP
Rory Mcllroy ketika menjulang piala kejohanan di tempat asalnya baru-baru ini. – AP

Ditanya jika terdapat peluang jika dia mungkin memilih untuk menghindarkan diri, Mcllroy, berkata: “Ya”, sebelum menambah: “buat masa sekarang saya akan pergi dan bersedia untuknya”.

Golf kembali dalam Olimpik buat kali pertama sejak 1904 dan Mcllroy, yang memenangi Kejuaraan PGA dua kali dan Terbuka British dan AS sekali, adalah penyokong utama bagi sukan itu kembali.

Bagaimana pun, risiko dijangkiti virus menjadi pemain itu untuk berfikir dua kali mengenai lawatan itu.

“Ketika ia semakin hampir, saya memikirkan untuk pergi ke sana dan bersaing bagi mendapatkan pingat emas,” tambah Mcllroy.

“Tetapi saya telah membaca banyak laporan mengenai Zika dan terdapat beberapa artikel yang keluar menyatakan ia mungkin lebih teruk berbanding apa yang mereka katakana dan saya perlu memantau keadaan.

“Saya sebenarnya akan mendapatkan suntikan esok sekurang–kurangnya saya pasti imun bagi apa pun jua keadaan…jika saya digigit oleh nyamuk di sana.”

ARTIKEL YANG SAMA