Rory sedia untuk cabaran Terbuka AS

Rory sedia untuk cabaran Terbuka AS

PARIS, 14 Jun (AFP) – Rory McIlroy mendapatkan maklumat mengenai padang golf Chamber Bay semalam menjelang Terbuka AS minggu depan dan yakin bahawa berehat daripada permainan kadangkala akan memberikannya tenaga yang bagus.

Pemain nombor satu dunia itu memenangi pertandingan Wells Fargo di Charlotte pada pertengahan Mei dengan 61 kemenangan pada pusingan ketiga.

Tetapi dia menyusulnya dengan aksi kembali ke Eropah dan terjejas dengan cuts berturut–turut di Kejohanan PGA BMW dan Terbuka Irish di tempat sendiri. Penawar bagi kesukaran dalam rentaknya baru–baru ini adalah untuk berehat.

“Saya tidak menyentuh kayu golf minggu lalu. Saya telah beraksi lima minggu berturut–turut dan secara mental, saya bersedia untuk berehat,” kata McIlroy pada hari media Kejohanan PGA di Whistling Straits di mana dia membuat perhentian dalam laluan ke Pacific Northwest dan pertandingan kedua terbesar tahun ini.

“Saya baru berehat, melakukan sedikit perkara yang saya sukai, kembali ke Florida hari ini dan mula berlatih.

Rory McIlroy sudah bersedia untuk menyahut cabaran Terbuka AS. – Reuters
Rory McIlroy sudah bersedia untuk menyahut cabaran Terbuka AS. – Reuters

“Saya bersedia bagi pertandingan kedua tahun ini, dan permainan saya berada dalam kedudukan menarik dan saya merasa boleh mendapatkan satu lagi musim panas yang tidak terlalu sama dengan tahun lepas.”

Rujukan kepada tahun lepas membabitkan kejayaan berturut–turut McIlroy di Terbuka British dan Kejohanan PGA, yang menyaksikan kemenangan empat gelaran pada usia 25 tahun (dia sekarang berusia 26 tahun).

Kemenangan di Chambers Bay 21 Jun akan membolehkannya menyamai pemain seperti Seve Ballesteros, Phil Mickleson dan Byron Nelson dalam senarai sepanjang masa dan akan meningkatkan perdebatan sama ada dia boleh memburu dua kedudukan teratas – Tiger Woods dengan 14 dan Jack Nicklaus 18.

ARTIKEL YANG SAMA