Rosberg bimbangkan Mick Schumacher

Rosberg bimbangkan Mick Schumacher

BERLIN, 15 Dis (AFP) – Bintang Formula Satu, Nico Rosberg berkata dia merasa bimbang mengenai persekitaran kerjaya Mick Schumacher yang kerap menjadi perhatian pihak media apabila dia berlumba.

Mick, anak lelaki kepada juara dunia tujuh kali Formula Satu, Michael Schumacher, mengalami penyingkiran lebih awal dalam acara Mercedes di Stuttgart pada Sabtu lalu apabila dia bersaing menentang Rosberg, tempat kedua musim lalu dalam kejuaraan pemanduan dunia F1 di belakang pemenang Lewis Hamilton.

Dalam pertembungan di Stuttgart, Schumacher Jnr menamatkan hampir dua saat di belakang Rosberg, yang menamatkan kedudukan keempat pada keseluruhannya dalam perlumbaan sementara Hamilton di tempat ketiga, di depan 40,000 penonton.

Rosberg, ayahnya, Keke adalah juara dunia 1982, tahu tekanan Mick hadapi adalah untuk membangkitkan semula nama keluarga itu selepas kemunculan remaja itu musim ini dalam Formula Empat mendapatkan tindak balas yang bercampur–campur biarpun liputan tegang media.

Schumacher Jnr tidak menanggalkan helmetnya di depan kamera televisyen di Stuttgart dan hanya memberikan satu temu bual, menggambarkan acara itu sebagai “begitu menyeronokkan dan satu penghormatan berada di sini,” ketika ramai wartawan berusaha untuk bercakap dengannya.

Mick Schumacher yang semakin hebat diperkatakan oleh pihak media ketika ini. – Reuters
Mick Schumacher yang semakin hebat diperkatakan oleh pihak media ketika ini. – Reuters

“Keadaan Mick lebih buruk daripada saya. Dia mendapat jumlah perhatian yang luar biasa,” kata pemandu Mercedes, Rosberg.

“Saya tidak pernah menghadapi seperti itu dan ia sukar memandangkan ia perlu mendapatkan keseronokan sukan itu darinya, tetapi ia sesuatu yang perlu diterimanya.

“Saya selalu melihat bagaimana dia memandu dan berharap dia boleh menikmati perlumbaan biarpun kesemua keadaan.”

Rakan sepasukan Rosberg dari Mercedes dan juara dunia Hamilton berkata Mick hanya perlu untuk melihat kerjaya ayahnya untuk mendapatkan sebahagian inspirasi.

“Dia pasti tidak memerlukan sebarang nasihat daripada saya, dia hanya perlu melihat apa yang dilakukan ayahnya, kerana dia adalah legenda terhebat dalam sukan kami,” kata Hamilton.

ARTIKEL YANG SAMA