Rosberg bingung aspek kelajuan di Monaco

Rosberg bingung aspek kelajuan di Monaco

MONACO, 30 Mei – Nico Rosberg bingung dengan masalah kelajuan serta hentian pit dilakukannya sehingga memusnahkan harapan meraih kemenangan keempat berturut-turut di Grand Prix (GP) Monaco yang dimenangi rakan pasukannya, Lewis Hamilton, semalam.

Pemandu pasukan Mercedes berusia 30 tahun itu yang mendahului juara bertahan Hamilton dengan 24 mata dalam carta keseluruhan ketika ini, menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku hari ini. Saya inginkan kemenangan di perlumbaan halaman sendiri tetapi tidak berjaya melakukannya,” katanya.

Rosberg berjalan di atas grid pada litar jalanan Monaco menjelang Grand Prix (GP) Monaco. Rosberg bingung dengan masalah kelajuan serta hentian pit dilakukannya sehingga memusnahkan harapan meraih kemenangan keempat berturut-turut pada perlumbaan tersebut. – AFP

“Sudah pasti saya bingung dengan masalah kekurangan kelajuan…saya dapat rasakan tiada keyakinan dengan tayar yang digunakan pada awal penggunaan tayar itu.

“Kemudian ia tidak berlangsung dengan sempurna di hentian pit. Kami berdepan satu isu di hentian pit…maka saya tersekat dan perlu bertahan menyebabkan kehilangan lebih banyak masa dan kedudukan.

“Dan apabila kamu berada di belakang di Monaco, maka semuanya tidak penting lagi,” kata Rosberg. – AFP