Rosberg catat masa terpantas

Rosberg catat masa terpantas

SEPANG, 30 Sept – Pemandu Mercedes AMG Petronas F1 Team, Nico Rosberg mencatatkan masa pusingan terpantas dalam sesi latihan pertama Grand Prix (GP) F1 Malaysia Petronas 2016 di Litar Anatarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba Jerman itu yang memenangi perlumbaan sebelum ini di Belgium, Itali dan Singapura, mencatatkan satu minit 35.227 saat untuk menamatkan pusingan sepanjang 5.543km itu.

Ketinggalan hanya 0.494 saat ialah rakan sepasukannya Lewis Hamilton daripada Britain manakala pemandu Scuderia Ferrari Kimi Raikkonen daripada Finland mencatatkan masa ketiga terpantas 1:36.315s.

Rekod masa pusingan terpantas 1:34.223s dipegang Juan Pablo Montoya yang dicatatnya pada 2004. – Bernama

Rosberg mengenakan sarung tangan ketika memulakan sesi latihan di Litar Sepang, kelmarin. – AFP
Rosberg mengenakan sarung tangan ketika memulakan sesi latihan di Litar Sepang, kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA