Rosberg dahului Hamilton dalam sesi latihan

Rosberg dahului Hamilton dalam sesi latihan

SOCHI, Rusia, 29 April – Pendahulu kejohanan Formula Satu Nico Rosberg terus mengekang rakan sepasukan Mercedesnya Lewis Hamilton daripada mendahuluinya dalam sesi latihan pertama bagi Grand Prix Rusia hari ini.

Pelumba Jerman itu, yang mengejar kemenangan ketujuh berturut-turutnya dan ke empat musim ini, mencatat masa di litar Sochi Olimpik itu dengan masa terbaik satu minit 38.127 saat dengan menggunakan set tayar supersoft.

Juara dunia tiga kali Hamilton, satu-satunya pelumba yang memenangi perlumbaan Rusia sejak ia dibuka pada 2014 namun sekarang 36 mata di belakang Rosberg dengan berbaki 18 pusingan, kedua terpantas dengan catatan masa 1:38:849.

Pasangan Mercedes itu, yang telah memenangi 35 daripada 41 perlumbaan di antara mereka, dengan selesa mendahului pelumba pasukan lain apabila Rosberg mencatat satu saat lebih pantas dari Sebastian Vettel di tempat ketiga, walaupun kemudian menggunakan tayar yang lebih perlahan soft.

Ferrari Kimi Raikkonen pula di tempat keempat dengan masa 1:39.332 dengan Felipe Massa di tempat kelima meskipun hampir menghabiskan sesi itu dengan melihat mekaniknya menyelenggarakan keretanya. Pelumba Australia Daniel Riccardo, yang menguji alat perlindungan kepala baru di permulaan sesi itu, di tempat keenam bagi pasukan Red Bull.

Pelumba cubaan dari Rusia, Sergey Sirotkin, yang akan bertanding lagi dalam siri bantuan GP2 musim ini, menggantikan pemandu Denmark Kevin Magnussen bagi sesi itu dan mencatat masa hampir sesaat lebih pantas daripada pelumba tetap Jolyon Palmer dalam jentera Renault yang satu lagi

Sirotkin mengakhiri ke-13 terpantas dengan Palmer ke-18 terpantas. – Agensi