Rosberg harap suntikan semangat di tempat sendiri

Rosberg harap suntikan semangat di tempat sendiri

HOCKENHEIM, 28 Julai – Nico Rosberg berharap sejarah akan berulang ketika dirinya memburu kemenangan yang amat diperlukan apabila beraksi di gelanggang sendiri iaitu Grand Prix Jerman bagi merampas kembali takhta kedudukan keseluruhan pemandu.

Pemandu Jerman berusia 31 tahun itu, meraih kemenangan pada perlumbaan terakhir di Litar Hockenheimring pada 2014, kini ketinggalan enam mata di belakang rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton dalam kedudukan keseluruhan berikutan kemenangan juara bertahan itu pada Grand Prix Hungary Ahad lalu.

Rosberg berusaha untuk melakukan kejutan terhadap pencabarnya apabila memandu Mercedes di hadapan penyokong tempatan.

“Ia mudah bagi saya sekarang. Lewis sudah melakukan tugas yang baik setakat ini pada musim ini – mendahului enam mata. Itu saja. Ia hanya perubahan, tapi ia tidak banyak berubah bagi diri saya.

Rosberg ketika meraikan kejayaan di Litar Hungaroring di Budapest pada 24 Julai lalu. Rosberg berharap sejarah akan berulang ketika dirinya memburu kemenangan apa-bila beraksi di gelanggang sendiri. – AFP
Rosberg ketika meraikan kejayaan di Litar Hungaroring di Budapest pada 24 Julai lalu. Rosberg berharap sejarah akan berulang ketika dirinya memburu kemenangan apa-bila beraksi di gelanggang sendiri. – AFP

“Ia sangat sengit. Saya memandu pada setiap perlumbaan dengan peluang untuk menang dan ia sering amat rapat di sengit antara kami. Ia hanya perlukan satu benda kecil untuk mengubahnya.

“Saya gembira dapat peluang untuk kembali dalam masa yang singkat dan terutama sekali gembira ia adalah perlumbaan kedua di tempat sendiri.

“Saya gembira di Hockenheim beberapa minggu lalu ketika memandu kereta Mika Hakkinen. Ia memberikan saya suntikan semangat untuk kembali berlumba di Jerman.

“Saya berharap untuk mengulangi kejayaan tahun ini untuk penyokong dan semua orang di Mercedes,” katanya. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA