Rosberg ikrar menyerlah di Texas

Rosberg ikrar menyerlah di Texas

SOCHI, Rusia, 12 Okt – Nico Rosberg berikrar untuk kembali bangkit dan memenangi perlumbaan seterusnya di Texas tetapi di hatinya dia tahu harapan bagi gelaran Formula Satu (F1) sudah berakhir bagi tahun seterusnya selepas tersingkir awal dari Grand Prix Rusia semalam.

Dengan rakan sepasukan dari Mercedes, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan kesembilan musim ini, pemandu dari Jerman itu sekarang 73 mata di belakang pemandu dari Britain dengan berbaki empat perlumbaan – maksimum 100 mata – yang masih perlu disaingi.

Ketika pengerusi bukan eksekutif Mercedes, Niki Lauda berkata selepas perlumbaan di litar Olympic Park, Sochi, Rosberg hanya mempunyai peluang perkiraan matematik.

“Dia mungkin memenangi perlumbaan hari ini, jika anda tewas 25 mata jadi ia adalah sukar,” warga Austria itu memberitahu Reuters apabila ditanya sama ada dia melihat sebarang kebangkitan bagi Jerman.

“Secara perkiraan matematik, ya, tetapi Lewis sudah tersingkir sekarang dan pulang.” Rosberg bermula di kedudukan teratas dan mengekalkan Hamilton di belakangnya tetapi harapannya untuk kemenangan terjejas lebih awal apabila keretanya mengalami masalah pendikit yang memaksanya untuk kembali ke pit dan berhenti selepas tujuh pusingan.

Nico Rosberg. – AFP
Nico Rosberg. – AFP

“Ia adalah sukar,” dia memberitahu wartawan.

“Datang ke sini, dengan menghasilkan hujung minggu yang luar biasa dengan kelayakan, perlumbaan bermula, selekoh utama, segalanya mengikut perancangan dan kemudian tewas dalam keadaan seperti itu adalah sukar.”

Keadaan itu adalah yang kedua dialami Rosberg dalam empat perlumbaan dan membolehkan Sebastian Vettel dari Ferrari untuk mengatasinya bagi tangga kedua pada keseluruhannya.

Juara empat kali itu sekarang mencatatkan 66 mata di belakang Hamilton.

Hamilton memerlukan hanya dua mata berbanding Rosberg pada perlumbaan seterusnya di Austin, dan sembilan lagi berbanding Vettel, untuk memenangi kejuaraan ketiga. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA